Selembar Hati Lara
Hati yang luka
sukar disembuh
Mana tahan jika luka yang lama
Mengores berpanjangan
hingga membekas begitu dalam
Kepingan hati yang luka ini..
Membawa aku...
Hanyut dalam lautan lara
yang belum tentu berpenghujung
lalu...
Ke mana harus aku merantau
membuang lara ini?
Aku merenung ke dalam
Muahasabah dalam diri
menghitung kesilapan lalu
Kerana kesilapan itu
telah membawa aku...
Dalam luka lara
yang belum tentu
bila akan terubat