Sinopsis
Jelita seorang gadis yang cantik dan ramai lelaki yang mudah terpikat kepadanya.
Namun, Jelita sangat sombong dan bangga jika ramai lelaki menggilai dirinya.
Apa yang membuatkan Jelita rimas apabila Qadir selalu mengirimkan bunga ke
pejabatnya. Dia memang tidak berkenan dengan Qadir yang lurus bendul. Dia
sebenarnya berkenan dengan Hisham yang segak bergaya dan seorang usahawan muda
yang berjaya berbanding Qadir yang hanya memiliki sebuah kedai kasut di bandar itu.
Cerpen ini penuh dengan monolog dalaman daripada watak utama iaitu Jelita untuk
mendalami perwatakan sebenarnya dan pandangannya terhadap orang di sekeliling.
Sikapnya yang suka menilai orang lain dan menyangka dirinya terlalu sempurna
membuatkan Hisham tidak menyukainya walaupun Jelita cuba memikat dirinya tetapi
hatinya tetap tidak terpikat. Hanya
Qadir yang boleh menerima sikap
Jelita yang sombong dan bangga diri itu. Akibat suatu peristiwa yang tidak
diduga, akhirnya Jelita menerima Qadir dalam sudut hati yang sedang terluka
akibat kecewa. Namun, ketika lukanya kembali sembuh, Jelita mula berubah dan
berlaku curang di belakang Qadir. Qadir yang menyedari kecurangan itu cuba
mengambil semula hati Jelita dengan mengubah penampilan dan sikapnya.
Sehinggalah berlaku suatu tragedi yang membawa kepada kematian dan peristiwa
hitam itu sudah cukup membuatkan Jelita insaf.
Ikuti cerita ini …akan saya
coretkan untuk anda semua..
