Tuesday, 9 August 2011

Dirimu Atmaku


Dirimu Atmaku
Karya Bayu


                Aku merenung jauh keluar jendela. Angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa membuatku khayal seketika. Sesekali aku teringat akan kenangan indahku ketika beraksi di atas pentas seni. Belum pernah aku merasakan kebahagiaan yang sukar diungkapkan kerana tidak dapat kubayangkan akan bertemu dengan penghibur pujaanku. Sudah lama aku mendambakan saat itu. Aku tersenyum malu memikirkan gelagatku yang spontan. Agaknya aku memiliki bakat terpendam yang tidak  aku sedari. Aku mengeluh kerana ada perasaan malu mencengkam sanubariku tapi babak indah itu sudah berlaku. Aku tersenyum memandang ke langit biru yang indah pada pagi ini dan ketika itu juga memori indah di konsert malam minggu bersama penyanyi pujaan  di Studio RTM, Kuala Lumpur itu bermain-main di benakku
                Waktu itu, Studio RTM dibanjiri penonton yang  mengilai penyanyi terkenal Malaysia. Aku yang duduk di barisan hadapan didekati penyanyi pujaan dan aku sendiri masih memujanya sehingga kini.  Senyumannya yang mesra bisa membuatkan  aku terbuai dalam mimpi. Penyanyi yang menggelarkan dirinya sebagai Abang Man itu meminta aku berhibur bersamanya di  pentas dengan melakonkan sebuah lagu Hindi yang dipetik daripada filem Sanggam. Bukan main malu lagi aku ketika itu kerana terpaksa berlakon bersama  Abang Man di atas pentas dengan ditonton oleh para peminatnya. Di atas pentas, Abang Man menghulurkan sehelai selendang berwarna merah hati tujuannya agar aku menggunakan selendang itu untuk menutup wajahku yang konon malu kepadanya. Para penonton ketika itu mula riuh dengan sorakan dan tepukan sebagai tanda sokongan kepada kami berdua. Gelagat kami agak mencuit hati kerana aku terpaksa menari mengikut rentak lagu yang didendangkan oleh Abang Man. Yang kelakarnya,  bagai Romeo dan Juliet kami main kejar-kejar di atas pentas sesuai dengan tema lagu yang berunsur cinta. Bila melihat gelagat kami, para penonton bersorak. Sehinggalah lagu habis dimainkan. Alhamdulillah! Aku mengucap kalimah itu dalam hati tanda lega daripada penderitaan. Hal yang paling seronok apabila Abang Man menghadiahkan aku sebuah buku hasil karyanya dan sehelai selendang berwarna merah hati. Tapi! yang membuatkan aku kaget Abang Man sempat menulis nombor telefonnya di atas ‘cover’ buku yang kupegang dengan tiga perkataan keramat! Jangan lupa ‘miss called’. Aku tersenyum simpul sambil memandang ke wajah yang sering membuatku bahagia. Berbaloi rasanya datang seorang diri ketika itu. Kenangan itu tidak pernah luput dalam ingatanku sehingga kini.
                Tiba-tiba lamunanku terhenti apabila telefon bimbitku berdering dengan alunan lagu Kenangan kita nyanyian Abang Man. Alamak! Mataku terbeliak apabila terpapar nama Abang Man di skrin telefon bimbitku. Tanpa membuang masa aku mengapainya.
“Hello!.” terdengar suara romantik Abang Man di corong telefon bimbitku.
“Hello!.” aku membalas sapaan itu dengan hati yang berdebar-debar.
“Bayu? Abang Man ni,” Alamak! Dia ingat namaku. Bisikku dalam hati.
“Ya, saya sedang bercakap. Apa khabar?,” Aku cuba membaranikan diri untuk bertanya.
“Oh! Khabar baik. Bayu di mana sekarang? Abang Man di studio rakaman hari ini. Nak rakam lagu untuk labum terbaharu abang,” Dia semakin ramah.
“Bayu di rumah. Tahniah sebab Abang Man buat album baharu. Mudah-mudahan berjaya dipasarkan. Nanti kalau dah siap  Abang Man jangan lupa bagitahu Bayu ya. Nanti Bayu nak beli,” Aku pula semakin mesra.
“Alah…tak payah beli. Abang Man akan bagi ‘free’. Oh…ya…terima kasih sebab sudi ‘miss called’ abang minggu lepas. Maaflah sebab lambat ‘call’ Bayu. Masa dapat nombor Bayu hari tu, abang tak sabar-sabar nak telefon tapi sibuk sangat tak boleh nak elak. Maafkan Abang Man,” dia menjelaskan dengan panjang lebar.
“Tidak apa Abang Man. Bayu faham. Bayu pun nak ucapkan terima kasih banyak-banyak sebab sudi ‘call’ . Bayu sangat gembira sebab bukan senang nak sembang dengan  superstar!,” aku ketawa untuk mewujudkan suasana ‘happening’ pagi itu. Aku juga terdengar suara Abang Man ketawa. Hatiku berbunga-bunga. Perasan gila!
“Bayu minat kat abang ke?,” Alamak soalan ‘power’ Abang Man buat dadaku berdegup kencang.
“Mmm…memang minat sangat dan mau bertemu Abang Man ‘face to face’. Dah jadi kenyataan minggu lepas Bayu dah jumpa abang siap dengan kejutan lagi,” aku berseloroh. Aku mendengar suara ketawa Abang Man comel itu. Nampaknya aku semakin perasan!
                Sejak hari itu, Abang Man kerap juga menelefonku  sebulan sekali, Kadang-kadang seminggu sekali dan ada kalanya hampir setiap hari. Itupun, kalau Abang Man tidak sibuk. Akhirnya aku merasakan kelainan dengan hubungan kami. Tetapi aku tidak pasti lagi. Takut aku yang dibuai mimpi! Apa tidaknya, setiap kali Abang Man menghubungiku pasti dia akan menceritakan tentang album terbaharu dan aktivitinya setiap hari. Ada kalanya, kami berkongsi pengalaman dan idea tentang dunia seninya. Aku apa lagi, bagilah apa yang patut! Abang  Man pernah mengirimkan aku sekeping kad berwarna biru muda yang tertulis baris-baris sajak yang indah dan puitis. Itulah yang aku baca dan kurenung setiap hari.

Tak Seindah Wajahmu

Kulayari pentas seni ini
Diiringi sang kekasih yang setia
Wajahnya berseri bak bunga melati
Kuselami hatinya
Merungkai cintanya yang sejati
Membawaku dalam dunia cintanya
Wajah yang indah dari hati suci
Seindah-indah bunga di taman
Tak seindah wajahmu
Yang berjaya memukauku
Yang bisa membuaiku
Dalam syurga cinta ciptaan kita berdua.

 Tapi yang membuatku kaget dan teruja apabila Abang Man ajak aku keluar.
“Kalau Bayu tak keberatan, abang Man nak bawa Bayu keluar petang ni,” Ini berita bagus.
“Mmm...boleh…juga,” aku memberi ‘green light’ dengan nada tersekat-sekat. Abang Man ketawa apabila mendengar suaraku yang tidak ‘confidence’.
“Apa hal cakap tergagap-gagap ni? Bayu janganlah risau…Abang Man nak ajak makan dan jalan-jalan  di suatu tempat . Bayu pasti suka tempat itu. Percayalah dengan abang,” Dia beria-ia menyakinkan aku. Aku bukan apa-apa, cuma terkejut dengan pelawaan yang tidak diduga itu. Lama-lama aku senang dapat sakit jantung kalau hari-hari begini. Aku tersenyum geli hati.
                Tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Aku memakai baju blaus ‘pink’ kegemaranku dan seluar jean hitam. Soal kecantikan aku tidak tahu sangat. Pakai bedak dan gincu bagiku sudah cukup selesa. Sudah bersiap aku duduk di ruang tamu menunggu Abang Man datang menjemputku. Sementara itu, aku dibuai angan yang entah-entah apa! Aku tertanya-tanya ke mana Abang Man bawa aku nanti. Tepat yang indah itu apa?! Persoalan itu bermain di fikiranku. Tiba-tiba kedengaran bunyi hon kereta. Aku menjenguk keluar tingkap. Abang Man! Tanpa membuang masa aku cepat-cepat melangkah keluar sambil menyarung sandalku. Setelah mengunci pintu aku mempercepat langkah menuju ke pintu pagar sambil dadaku berdegup kencang. Eh! Mengapa pula aku berdebar-debar! Soalan itu bermain di benakku. Aku melontarkan senyuman kepada abang Man yang juga tersenyum ketika itu. ‘hensom’!Pujiku dalam hati.
“Assalamualaikum,” sambil menghadiahkan senyuman aku melabuhkan punggung di sebelah tempat duduk penumpang.
“Walaikum salam, lama tunggu?,” Abang Man mengajukan soalan itu dan dalam masa yang sama bibirnya tidak lekang mengukir senyuman. Lesung pipit di pipi dan romannya yang ‘baby face’ itu acap kali membuatku terpikat. Sepanjang perjalanan, aku hanya menyepi kerana perasaan segan-silu masih menguasai diriku. Abang Man yang menyedari situasi itu mula mengutarakan pelbagai soalan hingga perasaan segan-silu itu berlalu bersama senyum dan tawanya.
                Petang ini Abang Man mengajak aku makan di sebuah restoran yang agak eksklusif di  Kuala Lumpur ini. Selesai menjamu selera di situ, Abang Man membawaku ke  Pantai Merbuk yang jauh sedikit daripada  kesibukan kota. Setelah  satu jam dalam perjalanan kami tiba ke tempat yang dimaksudkan. Alangkah gembira bukan kepalang  sudah lama aku berkenan menikmati keindahan Pantai Merbuk itu dan hari ini barulah impianku terlaksana. Baru kali ini aku dapat melihat betapa indahnya pantai ini.   Abang Man pula sentiasa melirik kepadaku yang asyik menikmati udara segar dan keindahan pokok-pokok ru yang sepanjang pinggir pantai. Angin yang bertiup lembut petang ini menambah perasa terhadap kegembiran dan ketenanganku. Agak lama juga kami menikmati udara segar di pesisir pantai itu. Akhirnya,  Abang Man mempelawaku duduk bersantai di atas batu besar di bawah sepohon pokok yang rendang  sambil menghadap matahari senja yang kian pudar sinarnya.
                Aku masih mendiamkan diri tanpa berkata apa-apa. Abang Man hanya menyaksikan gelagatku yang leka memerhatikan keindahan sinar mentari  senja. Bahang sinarnya sudah tidak menyengat lagi. Rambutku yang panjang mencecah pinggang itu dibiarkan mengurai ditiup angin. Setelah lama mendiamkan diri Abang Man akhirnya membuka mulut untuk menyatakan hasrat sebenarnya mengajak aku keluar hari. Aku hanya melirik kepadanya untuk seketika kerana aku kalah dengan renungan mata helang Abang Man.  Tidak kusangka degupan jantungku begitu kencang apabila Abang Man meluahkan isi hatinya kepadaku. Dia mengaku yang hatinya terpaut sejak mula-mula melihatku di konsertnya empat bulan yang lalu. Lantaran itulah dia sering menghubungiku untuk melepaskan rindu yang terbuku dihatinya dan hingga kini cintanya masih berputik. Yang membuatkan aku semakin kaget apabila Abang Man mahukan kepastian tentang isi hatiku kepadanya. Aku dengan segan-silu menyatakan makhfi hatiku yang sudah lama menyemai cinta untuknya. Akibat dibelenggu rasa malu aku menekup wajahku tetapi kedua-dua tangan Abang Man sempat menyambar  lenganku agar tidak berbuat demikian. Dia menggenggam jemariku dengan penuh kelembutan menyebabkan aku semakin tersipu-sipu malu dipelakukan begitu.
                Inilah yang dikatakan jodoh. Setelah setahun mengenali hati budi masing-masing akhirnya kami mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Saat bahagia inilah yang amat aku nanti-nantikan lebih-lebih lagi keluarga Abang Man amat merestui hubungan kami dan begitu juga dengan peminat-peminatnya. Majlis perkahwinan kami diadakan dengan meriah sekali kerana majlis tersebut  dirai juga untuk para peminatnya. Majlis perkahwinan kami diadakan di Perak iaitu Kampung Malawati tempat kelahiran Abang Man kemudian setelah seminggu kami ke Kuala Lumpur semula untuk meraikan  hari bahagia itu bersama para peminat. Maklumlah ‘superstar’. Sejak melalui hari bersejarah itu kami menikmati mahtera rumah tangga yang sungguh bahagia. Abang Man amat menyayangiku  lantaran itu juga aku amat menyayanginya. Setiap kali Abang Man mengadakan konsert dia sentiasa membawaku bersama. Sehinggalah pada suatu hari dia meminta aku berhenti kerja kerana mahukan aku selalu berada disampingnya. Baginya akulah jiwa dan semangatnya dalam melalui kehidupan sebagai anak seni dan aku sebagai isteri akur dengan permintaan suami tercinta. Walaupun dia berjanji akan memasukkan wang setiap bulan dalam akaunku tetapi bukan itu yang aku mahukan. Yang aku inginkan ialah kebahagiaan yang berpanjangan bersamanya. Sebab itu aku sanggup berhenti kerja. Lagipun Abang Manlah kehidupanku sekarang kerana aku tidak ada siapa-siapa lagi selain dia dan keluarganya. Biarlah kebahagiaan ini kurangkul selagi bernafas.
“Terima kasih sayang sebab penuhi permintaan abang. Sebenarnya abang dah berjanji dengan diri abang sendiri yang abang akan menjaga Bayu sehingga akhir hayat abang. Bayulah wanita terakhir dalam hidup abang. Diharapkan juga, tidak akan ada orang ketiga di antara kita,” Abang Man mendakapku dengan penuh kasih sayang. Aku sebak!
“Terima kasih kerana mencintai Bayu,” Hanya ayat itu yang mampu kuluahkan lalu air mata bahagia mengalir di pipiku. Abang Man mengesat linangan air mataku dengan jemarinya. Ketika itu, kami duduk di ruang tamu rumah banglo yang dibeli oleh Abang Man selepas kami berkahwin.
                Sejak hari itu, akulah insan yang selalu mendampingi Abang Man dan itulah juga peluangku untuk melihat kehebatan Abang Man di atas pentas. Ke mana Abang Man pergi pasti aku dibawanya bersama. Secara  tidak langsung aku terlibat dalam dunia seni Abang Man. Apa tidaknya, wajahku dijadikan ‘cover’ album ketiga Abang Man. Lagu popularnya ketika itu ‘Aku dan Perasaan’. Kemudian aku berlakon dengan Abang Man sempena pembikinan klip video lagu itu. Itupun atas permintaannya. Sejak itulah aku mula dikenali dalam kalangan peminat Abang Man. Tapi aku hanya memenuhi permintaan suamiku itu, selainnya aku tidak membuat apa-apa keputusan. Walaupun ada syarikat rakaman lain yang mahukan aku berlakon dalam klip video lagu mereka Abang Man tidak membenarkannya. Aku hanya akur kerana aku sendiri tidak mahu.
“Biarlah Bayu berkerja untuk abang sorang saja,” kataku sambil tersenyum manja. Abang Man gembira mendengar pengakuanku. Hakikatnya dia  tidak mahu aku bersedih dengan keputusannya tetapi aku sendiri membuat pengakuan yang aku mahu sentiasa di sampingnya.
                Suatu hari aku merasakan kepalaku sakit yang teramat. Ketika itu Abang Man membuat rakaman di studio untuk album ketiganya. Pandanganku tiba-tiba berpinar-pinar menyebabkan aku pengsan di sofa. Abang Man yang tidak menyedari situasiku  terus sahaja melanjutkan rakamannya sehingga selesai. Pada fikirannya dia menyangka aku tidur nyenyak dan hanya membiarkan aku tidur di sofa itu sehingga tengah hari. Tiba waktu makan, Abang Man mengejutkan aku daripada tidur tetapi ternyata aku tidak memberikan respon. Apa lagi! Abang Man panik.
“Bayu pengsan ni!,” beberapa orang dalam studio itu tercengang kerana tidak menyangka peristiwa buruk berlaku. Abang Man sendiri yang mengangkat aku masuk ke kereta. Setiba di Klinik Al-Mansur aku dibaringkan di atas katil pesakit. Abang Man dan beberapa orang yang lain diarahkan menunggu di luar bilik rawatan. Beberapa minit kemudian aku sedar daripada pengsan dan ketika itu jugalah seorang lelaki yang memperkenalkan dirinya sebagai Doktor Fikri menyoalku. Doktor Fikri belum dapat mengesahkan apa penyakit yang aku alami. Apa yang aku tahu Doktor Fikri meminta aku datang semula ke klinik berkenaan untuk membuat pemeriksaan lanjut. Walau bagaimanapun, andaian awalnya kemungkinan aku keletihan kerana kurang tidur. Abang Man agak lega sedikit mendengar penjelasan Doktor Fikri. Sebelum beredar aku  diberikan beberapa jenis ubat untuk melegakan kesakitan yang aku alami kerana aku ada menjelaskan kepada Doktor Fikri yang aku pengsan sebab sakit kepala yang teramat. Abang Man yang khuatir dengan kesihatanku akhirnya membuat keputusan untuk memohon  cuti daripada Encik Allven, Penerbit Citra Corporation selama seminggu dan seminggu  itu jugalah Abang Man menjaga makan minumku. Aku sedikitpun tidak dibenarkannya melakukan kerja-kerja rumah. Semuanya Abang Man yang buat.
                Dua minggu selepas itu, kami kembali semula ke Klinik Al-Mansur untuk mendapatkan keputusan tentang ujian X-ray. Aku sudah tidak sabar mendengar keputusan itu. Doktor Fikri yang agak  keberatan untuk bersuara akhirnya terpaksa juga menjelaskannya kepadaku tetapi dia sempat meminta aku agar bersabar. Aku tidak dapat berbuat apa-apa apabila  Doktor Fikri  mengesahkan bahawa aku menghidapi kanser otak tahap pertama. Katanya, aku bernasib baik kerana kanser itu berjaya dikesan pada peringkat awal. Kalau diikutkan pengalaman sebelumnya, penyakit kenser memang sukar dikesan pada peringkat awal kerana itu ramai pesakit  tidak dapat diselamatkan.
                Sejak Abang Man mengetahui penyakit yang aku alami, dia semakin tidak berenggang daripadaku. Dia tidak sampai hati meninggalkan aku di rumah keseorangan malah lebih rela membawaku ke mana sahaja dia pergi. Aku sebagai isteri amat setia kepadanya. Dia juga semakin mengambil berat tentang diriku dan memanjakanku. Apa yang aku mahu diturutinya sahaja kecuali jangan menjauhkan diri daripadanya. Aku tidaklah banyak permintaan. Selalunya makanan yang aku minta lain daripada itu tidak pernah berhajat yang mewah-mewah walaupun aku tahu Abang Man mampu memberikan aku segalanya. Dengan kata lain aku tidak pernah mengambil kesempatan dalam keadaan begini. Aku rela menghabiskan sisi-sisa hidupku bersamanya daripada lemas dalam timbunan harta dunia.
                Seperti biasa Abang Man membuat persediaan untuk konsertnya di Studio RTM, Kuala Lumpur. Aku duduk di sofa yang telah disediakan lebih awal sebelum kami tiba. Sebenarnya itu memang arahan Abang Man supaya aku dapat  berihat sambil memerhatikan mereka membuat persiapan. Begitulah kerjaku setiap hari. Datang duduk dan sekali sekala mengutarakan idea. Ternyata ideaku juga berguna kepada mereka. Abang Man tidak pula membantah atau menegahku daripada mengutarakan idea. Baginya ideaku amat berharga untuk dipraktikkan. Tetapi aku tidaklah mengada-ngada  sampai lebih sudu dari kuah. Sesekali aku geli hati juga melihat gelagat Abang Man dengan para penari latar. Ternyata gabungan mereka sangat serasi ditambah dengan kreativiti Abang Man dan tidak hairanlah mengapa konsertnya sentiasa istimewa di mata para peminatnya. Tanpa disedari aku akhirnya terlena di sofa. Abang Man yang melihat keadaanku agak panik kerana  dia sudah mengalami situasi itu ketika aku pernah pengsan di sofa.
“Sayang! Bayu!,” aku yang nyenyak tidur  terbangun. Buka mata sahaja Abang Man dan penari-penarinya terpacak di depanku.
“Mengapa bang? Maaflah Bayu tertidur,” Abang Man lega melihat aku yang masih bernyawa.
“Ingatkan Bayu pengsan,” Abang Man menahan ketawa.
“Pengsan apa? Bayu ngantuk sangat,” kataku manja Sambil melelapkan mata semula.
“Ok…sayang tidur ya. Siap nanti abang bangunkan,” Aku hanya mengangguk. Abang Man yang melihat keadaanku hanya tersenyum sambil menggeleng-gelenggkan kepala lalu sempat mengucup dahiku dan berlalu dari situ.
“Awak janganlah risau, ubat yang dia makan tu yang buatkan dia mengantuk sangat,” Encik Nathan, seorang Penerbit RTM cuba menyenangkan hati abang Man yang gelisah melihat keadaanku ketika itu kerana aku tidak pernah berkeadaan sebegitu sebelumnya.
“Kita teruskan latihan,” Abang Man kembali menumpukan perhatian kepada latihannya.
                Abang Man pernah menyuarakan yang dia akan membawaku ke London untuk melakukan pembedahan di sana seperti saranan Doktor Fikri kerana ramai doktor pakar di situ yang sudah terbukti kejayaan mereka dalam melakukan pemdedahan bagi penyakit yang melibatkan ketumbuhan. Aku hanya menurut kehendak Abang Man. Bagiku, apa yang dilakukannya segalanya demi kebaikan kami berdua dan aku sebagai isteri tidak pernah membantah kerana aku yakin dengan apa juga tindakannya. Abang Man juga sebenarnya tidak tega melihat aku terus-terusan menanggung penderitaan akibat ketumbuhan itu kerana sebelum ini aku sering pening dan sakit kepala yang menusuk.
                Pada malam konsert di Studio RTM aku seperti biasa duduk di barisan hadapan  betul-betul berhadapan dengan pentas. Yang duduk bersamaku ketika itu dua orang wanita yang juga peminat setia Abang Man. Malam itu Abang Man mendendangkan 20 buah lagu yang paling poular yang dipetik daripada album-albumnya sebelum itu. Antara lagu yang paling aku minati ialah Merisik Dalam Kejauhan, Kelopak Mawar, Aku dan Perasaan, Kubayangkan, Hujan dan Air Mata dan banyak lagi. Aku turut berbangga apabila melihat pertunjukan Abang Man. Setiap konsert pasti ada kelainan dalam persembahannya kerana dia seorang penyanyi dan penghibur yang sangat kreatif dan berbakat besar. Abang Man sebenarnya pelukis dan kartunis yang berbakat. Aku sebagai isteri amat berbangga kerana memiliki hatinya. Ya Allah! Panjangkanlah jodohku bersamanya. Kupohon dalam hati.
“Pada malam yang berbahagia ini saya ingin menyampaikan lagu yang bertajuk Aku dan Perasaan. Untuk itu saya berbesar hati menjemput seseorang yang amat istimewa dalam hidup saya yang juga menyumbang kepada kejayaan kepada kerjaya saya sebagai penyanyi dan penghibur,” Abang Man menghampiriku dengan senyuman mesra. Aku terpinga-pinga seketika kerana tidak menyangka akan dijemput naik ke atas pentas.
“Inilah isteri tercinta saya yang telah banyak memberikan sokongan dan semangat yang tidak berbelah-bahagi. Lagu ini juga saya tujukan kepada beliau dan semua peminat saya,” Aku amat terharu diperlakukan begitu. Aku dan Abang Man hanya duduk di atas bangku yang telah disediakan dan mula menyanyikan lagu kegemaraanku itu dengan penuh penghayatan. Sekali sekala Abang Man menggenggam jari-jemariku sambil tersenyum dan melirik manja kepadaku. Aku hanya tersipu-sipu malu. Mengapalah Abang Man tidak cakap awal-awal! Dalam masa yang sama, aku mendengar tepukan gemuruh daripada para penonton yang menyaksikan gelagat kami di atas pentas. Aku hanya membisikkan dalam hati. Memori indah bersama Abang Man malam itu akan kupahat dalam ingatanku untuk selamanya hingga ke akhir nafasku. Sebelum mengakhiri konsert malam itu, Abang Man  mempersembahkan lagu Berkelana.
                Tiga minggu berlalu, sebelum berangkat ke London Abang Man mengajak aku pulang ke kampung untuk mengadakan kenduri doa selamat dan solat hajat di sana kerana ini juga permintaan Kak Long. Kepulangan kami ke kampung disambut gembira oleh sanak-saudara Abang Man. Orang yang paling ‘happy’ sekali ialah Puan Raminah yang kami gelar sebagai Kak Long. Kak Long merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik beradik dan abang Manlah adik paling bungsu dalam kalangan mereka. Ibu bapa Abang Man sudah pergi ke rahmatullah 30 tahun yang lalu. Sejak itu, Abang Man tinggal dengan Kak Long manakala lima adik-beradik yang lain masing-masing tinggal berasingan kerana sudah berumah tangga. Setiap hari raya kami akan balik menjenguk Kak Long di Kampung Malawati, Perak. Merekalah duniaku setelah mendirikan rumah tangga dengan Abang Man. Mereka juga amat menyayangiku seperti adik mereka sendiri dan kasih sayang mereka tidak pernah berbelah bahagi terhadapku lantaran itulah aku amat menyayangi mereka. Kadang-kadang sebak juga hati ini ketika Kak Long mendakapku bersama linangan air mata kerana merinduiku.
“lama tidak jumpa Ayu. Akak rindu sangat,”aku membalas pelukannya dengan ikhlas. Kata-katanya  bisa membuatku sebak kerana kehidupanku sekarang ini tidak sebahagia dahulu. Kini, ramai insan yang menyayangiku. Ketika Kak Long mencium pipiku aku semakin sebak hingga air mata yang kutahan akhirnya bercucuran. 
 “Ala…janganlah sedih sangat…kita balik dari jauh kenalah sambut dengan suasana ‘happy’ juga. Kak Long janganlah jiwang sangat!,” Abang Man cuba membangkitkan suasana ‘happening’. Kak Long lantas mendakap Abang Man yang merupakan adik manjanya. Kami lewat sampai kerana penerbangan kami tertunda   tiga jam. Kemudian Abang Long, suami Kak Long menjemput kami di 'airport' satu jam selepas ketibaan kami kerana jalan raya sesak. Namun, keletihan yang aku  alami hilang apabila melihat wajah Kak Long di muka pintu dengan wajah girang menyambut kepulangan kami.
                Pada waktu malam, kami duduk di ruang tamu sambil menonton rancangan hiburan. Kak Long banyak bercerita tentang gelagat anak bungsunya yang nakal dan kelakar itu. Iman iaitu anak bungsu Kak Long sudahpun berumur 12 tahun dan tahun depan dia akan melanjutkan pelajaran ke tingkatan dua. Kak Long dikurniakan enam orang anak iaitu tiga orang lelaki dan tiga orang lagi perempuan. Agak cemburu juga sebab aku dan Abang Man belum dikurniakan seorang anak pun walaupun usia perkahwinan kami sudah mencecah 10 tahun. Jadi anak Kak Longlah yang menjadi mangsaku untuk melepaskan kasih sayang.
                Malam ini aku tidur lebih awal kerana terlalu letih tambahan pula ubat yang aku minum sebentar tadi membuatkan mataku mengantuk. Kak Long pun memahami keadaanku kerana Abang Man sudah menceritakan kaedaan penyakitku. Aku meninggalkan mereka di ruang tamu pada pukul 10.00 malam. Abang Man, Abang Long dan Abang Man berbincang tentang kenduri doa selamat yang bakal diadakan dua hari lagi. Kak Long sempat juga bertanyakan tentang pemergian kami ke London.  Kak Long yang menyedari kesedihan dalam jiwa  Abang Man cuba menasihatinya agar tidak lupa bersolat dan berzikir kepadaNya kerana setiap hamba harus memohon, berusaha dan bertawakal Allah S.W.T.
                Tiga hari selepas kenduri dan solat hajat, aku dan Abang Man kembali semula ke Kuala Lumpur untuk membuat persediaan sebelum kami berangkat ke London.  Kepulangan kami menyuramkan suasana di rumah Kak Long. Mungkinkah inilah kali terakhir kenangan  aku bersama mereka? Aku  berdoa kepada Allah supaya memanjangkan umurku agar aku dapat bertemu dengan mereka semua termasuk suami tercinta. Sebelum, berangkat ke London aku dan Abang Man mengemaskan pakaian yang hendak dibawa nanti. Apabila memikirkan tentang pembedahan itu hatiku berdebar-debar kerana perasaan takut masih menguasai diiriku. Abang Man macam biasa, dia akan sentiasa memberikan aku kata-kata perangsang agar perasaan itu pudar.
Minggu kedua di London, pada malam itu kami melakukan solat hajat bersama-sama. Ahli keluarga abang Man juga mengadakan solat hajat di tanah air. Selesai solat kami duduk berihat di balkoni. Pemandangan di Hotel Mickline itu sungguh indah kerana kelihatan cahaya lampu yang berwarna-warni di setiap bangunan dan jalan raya. Kami menyewa di hotel itu kerana berhampiran dengan Hospital Queen dan mudah untuk kami berulang-alik ke situ. Maklumlah, kami bukannya tahu sangat selok-belok bandar kosmopolitan itu. Sebenarnya, kami ditemani oleh seorang sahabat setia Abang Man iaitu Kamal Syarif. Dialah ‘guide’ kami di kota London itu dan dia jugalah yang mengutarakan nama Doktor Richert kepada kami.   Kamal tidur di bilik bersebelahan dengan bilik kami. Tetapi, kelihatan bilik kamal gelap saja. Pasti dia masih belum pulang. Mungkin dia masih menikmati keindahan di kota London ini. Tinggal  dua hari lagi aku akan menjalani pembedahan. Hatiku semakin berdebar-debar menanti babak  yang kuanggap ngeri dalam hidupku.
                Tibalah hari yang mengerikan bagiku kerana aku akan menjalani pembedahan 2 jam lagi. Aku sudah  bersedia menghadapi kenyataan yang aku akan dibedah juga hari ini. Aku sempat memeluk Abang Man yang duduk di sampingku. Aku meluahkan ketakutanku menghadapi pembedahan  tetapi Abang Man berusaha menenangkan aku. Katanya, aku harus sembuh daripada kanser agar kami dapat meneruskan kehidupan seperti biasa. Agak lama juga Abang Man memujuk perasaanku agar tenang menghadapi saat yang tegang itu.
“Bersabarlah sayangku, abang akan menantimu sehingga matamu terbuka,” Aku terharu mendengar kata-kata Abang Man. Aku terlalu sebak hingga air mataku tidak dapat kutahan lagi. Abang Man segera mengesat air mataku dengan pandangan yang sayu. Ketika aku memejamkan mata aku sempat mendengar kalimat terakhir daripada Abang Man.
“Tidurlah sayangku, abang akan setia menunggumu,” Abang Man membisikkan kalimat itu ditelingaku.
                Dua jam berlalu, Abang Man mundar-mandir di luar bilik pembedahan. Dia resah dan gelisah memikirkan tentang apa yang bakal berlaku nanti. Namun, hatinya sentiasa berdoa kepadaNya agar isteri tercinta selamat menjalani pembedahan dan mereka dapat ditemukan semula. Apabila menyedari Kehadiran Kamal, Abang Man terus memeluknya.
“Aku risau Kamal,” abang Man meluahkan apa yang dirasainya.
“Bersabarlah…banyakkan berdoa. Insya Allah semua akan baik-baik saja,” Itulah kata-kata yang mampu Kamal ucapkan untuk menenangkan hati abang Man ketika ini. Abang man yang sejak  tadi berdiri kini duduk bersandar di kerusi menunggu. Kamal kemudiannya duduk di samping abang Man. Dia harus menemani abang Man ketika ini kerana sahabatnya itu amat memerlukan perhatian dan sokongannya. Dia menyedari Abang Man amat menyayangiku kerana selama 10 tahun kami mendirikan rumahtangga Abang Man tidak pernah memberikan hatinya kepada wanita lain selainku. Walaupun, sudah ramai wanita atau peminat yang meluahkan isi hati mereka kepadanya, hati Abang Man tidak pernah berubah malah semakin kukuh ikatan cintanya kepadaku. Hanya kamal yang mengetahui isi hati Abang Man kerana kepadanyalah Abang Man berkongsi pendapat, pengalaman, masalah dan perasaan.
                Walaupun sudah 3 jam pembedahan dilakukan,  Doktor Richert masih belum keluar dari bilik pembedahan. Abang Man sering melihat jam ditangannya.
“Mengapa lama sangat Kamal?,” Abang Man akhirnya bersuara setelah lama mendiamkan diri. Kamal yang setia disampingnya hanya  mampu meminta Abang Man bersabar.
“Kamal…inilah kali pertama aku merasai kegelisahan yang amat kerana  tidak sanggup kehilangan orang yang amat aku cintai. Dulu aku pernah kecewa dalam perkahwinan pertamaku bersama Julia tetapi setelah kehadiran Bayu dalam hidupku kekecewaan itu terubat hingga kenangan bersama Julia lenyap begitu saja. Aku seolah tidak sanggup menghadapinya walau aku tahu semuanya ketentuan Allah. Tetapi bukan senang kita melalui semua ini,” Abang Man meluahkan apa yang dirasainya sekarang ini. Kamal hanya menjadi pendengar setia. Biarlah sahabat karibnya itu meluahkan apa yang terbuku dihatinya agar dia berasa tenang.
“Engkau beruntung Man kerana mendapat seorang isteri yang setia dalam susah dan senang. Bukan senang memiliki insan yang sebaik itu. Aku memahami apa yang engkau rasai sekarang tetapi engkau harus cekal menghadapi apa jua yang akan berlaku. Aku yakin, jodoh engkau dan Bayu masih panjang. Percayalah,” Kamal memberikan semangat dan keyakinan kepada Abang Man. Dia tidak mahu Abang Man tewas dalam ujian Tuhan ini.  Abang Man mengangguk sambil merenung lantai.
Empat jam berlalu barulah pintu bilik pembedahan itu terkuak dan Doktor Richert muncul di muka pintu. Abang Man  yang menyedari kehadiran Doktor Richert terus saja meluru ke arahnya untuk mendapatkan kepastian.
“ How is my wife condition?,” Abang Man sudah tidak sabar lagi. Doktor Richert hanya tersenyum.
“Success!,” apabila mendengar ungkapan itu Abang Man memeluk Kamal kerana terlalu gembira .
Abang Man sempat memanjatkan syukur atas kejayaan Doktor Richert dalam melakukan pembedahan itu. Sebelum berlalu Doktor Richert sempat berpesan agar bersabar menunggu aku sedar. Tiba di bilik pesakit, Abang Man mendapatkan aku yang terbaring kaku di atas katil. Aku masih bernafas dengan bantuan oksigen.  Abang Man merenung wajahku yang masih tidak sedarkan diri. Jari-jemariku digenggam erat dan kemudian dikucupnya berkali-kali. Abang Man sungguh lega kerana proses pembedahan sudahpun selesai dengan jayanya dan kini hanya menunggu aku sedar daripada lena yang berpanjangan. Kata Doktor Richert aku mungkin sedar dalam beberapa jam saja lagi kerana itu Abang Man sering melihat jam tangannya. Matanya tidak lekang daripada merenungku sesekali diusapnya kepalaku yang masih berbalut itu. Kadang-kadang jemariku digenggam dan dikucupnya. Dia tidak tega meninggalkan aku walau sesaat. Setelah 3 jam berlalu aku akhirnya sedar tetapi badanku masih lemah. Namun, kepalaku masih pening kerana kesan bius masih ada. Tidak lama kemudian Doktor Richert muncul  bersama jururawatnya. Dia memberitahu bahawa kami perlu menunggu untuk dua minggu lagi bagi memastikan tidak ada kesan sampingan yang aku alami.
                Setelah dua minggu berlalu Doktor Richert mengesahkan yang aku bebas daripada mengalami kesan sampingan. Jadi, aku sudah boleh dibenarkan keluar dari hospital itu. Abang Man terlalu gembira apabila mendengar berita gembira itu lalu mendakapku dan dengan rasa bahagia aku membalasnya. Berita baik itu dikongsi  bersama Kak Long di kampung. Mereka juga sungguh gembira  dan tidak sabar menanti kepulangan kami.
                Setelah sebulan lebih berada di London kami akhirnya kembali semula ke tanah air tercinta. Kami terus saja balik ke Kampung Malawati untuk mengadakan kenduri kesyukuran di sana. Kedatangan kami disambut dengan gembira oleh ahli keluarga Abang Man. Semua adik-beradik Abang Man berkumpul di rumah Kak Long. Aku melihat kegembiraan di wajah mereka semua. Kak Long memelukku sambil menitiskan air mata gembira. Kepalaku masih berbalut kerana kesan luka akibat pembedahan belum pulih. Ketika itu, aku memakai selendang untuk menutup kepalaku yang botak itu agar tidak terdedah.
“Rindulah dengan semua orang,” aku meluahkan perasaanku. Kak Long mencium pipikku dengan penuh kasih. Kak Lang, dan Kak Mah berebut-rebut memelukku. Alangkah bahagianya hati ini apabila dikelilingi insan yang penyayang. Abang Man hanya menonton telatah adik-beradiknya yang gembira menyambut kepulangan kami. Abang Man juga bahagia melihat ahli keluarganya menerimaku seadanya dan menyayangiku bagai menatang minyak yang penuh.
                Setelah selesai kenduri pada hari Rabu kami masih belum balik ke Kuala Lumpur. Abang Mahu memberikan masa kepadaku untuk berihat kerana  aku akan dibawanya ke mana saja dia pergi. Dalam keadaan begini. Abang Man tidak sanggup meninggalkan aku di rumah sendirian dan tidak pula mengabaikan tugasnya sebagai penghibur. Tiga minggu lagi Abang Man akan mengadakan konsert di Studio RTM , Kuala Lumpur. Pasti kemunculannya amat dinantikan oleh peminat-peminatnya kerana sudah tiga bulan abang Man menyepi lantaran memberikan komitmen kepadaku. Telefon abang Man juga tidak henti-henti berdering kerana syarikat rakaman mahu Abang Man kembali semula bekerja sebelum bulan hadapan. Ini kerana album kesepuluh Abang Man harus diterbitkan awal bulan depan.
                Kami akhirnya kembali semula ke Kuala Lumpur untuk  menjalani kehidupan seperti biasa. Abang man kelihatan lebih bersemangat melalui kehidupannya sebagai anak seni kerana aku kembali ke sisinya sebagai pendokong kepada kerjayanya.  Dua hari selepas itu, Abang Man harus ke studio untuk merakamkan lagu untuk album terbaharunya yang bakal diterbitkan awal bulan depan. Kedatangan kami disambut dengan hati yang gembira lebih-lebih lagi Encik Allven, Penerbit Citra Corporation.   Encik Allven mengharapkan Abang Man menghafal 10 lirik lagu yang bakal dimuatkan dalam album terbaharunya kerana masa sudah singkat. Namun, Abang Man memberikan keyakinan kepada Encik Calven yang dia akan bekerja keras untuk album terbaharu itu. Ini membuatkan Penerbit berpengalaman itu berasa lega dan bangga.
                Setelah dua minggu berada di studio rakaman akhirnya Abang Man berjaya merakamkan 10 buah lagu untuk album terbaharunya yang bertajuk Kembara Asmara. Encik Allven amat bangga dengan Abang Man kerana berjaya menyiapkan rakaman dalam masa yang singkat.
“Awak sungguh hebat sebab belum ada artis yang berjaya rakam lagu dalam masa yang pendek,” Allven amat memuji Abang Man.
“Itu sudah menjadi tugas saya sebagai penyanyi dan ini juga berkat sokongan isteri saya,” Abang Man selalu tidak lupa menyebut namaku walaupun bukan itu yang aku harapkan.
“Ya…awak memang cinta sama isteri,” Encik Allven menepuk-nepuk bahu Abang Man. Abang Man pula hanya ketawa gembira mendengar ucapan itu.
                Selesai rakam lagu, Abang Man mengadakan konsert di studio RTM pada minggu  hadapan. Seperti biasa Abang Man dan pekerja-pekerja yang lain membuat persiapan dan  latihan sebelum konsert dilangsungkan. Aku hanya duduk memerhatikan gelagat mereka melakukan kerja. Abang Man pula berlatih menari dan menyanyi di atas pentas. Sesekali aku teringat saat pertemuan kami di pentas ini.
Sewaktu berlatih, seorang wanita seksi menghampiri Abang Man. Abang Man sangat kenal dengan wajah itu. Wajah itulah yang meremukkan hatinya 14 tahun yang lalu sebelum perkenalan kami. Abang Man kaget dengan kemunculan Julia yang mendadak itu. Abang Man mengalihkan pandangan kepadaku yang sedang tidur nyenyak lantas menarik nafas lega kerana aku tidak menyedari kehadiran Julia hari ini. Namun, Abang Man tidak senang dengan kemunculan Julia kerana ia mengingatkannya tentang keperitan hidup akibat menanggung luka di hati. Kini, ketika memori hitam itu lenyap disebalik bahtera cinta yang kami bina sekian lama tiba-tiba Julia muncul semula. Apakah tujuan Julia? Abang Man membangkitkan persoalan dalam benaknya. Julia yang sedikitpun tidak   berasa bersalah menyatakan tujuan kedatangannya. Apa yang menjadi kejutan, Julia menyatakan hasratnya ingin kembali semula ke pangkuan Abang Man.  Semua yang ada di situ tercengang. Mereka tidak menyangka Julia seorang yang mementingkan diri. Apa tidaknya, dia sudah maklum yang Abang Man telah mendirikan rumah tangga tetapi mahu juga rujuk semula.  Abang Man berkeras untuk tidak akan menerimanya semula tetapi ugutan pula yang dia terima. Julia mengugut akan menganggu rumah tangga  Abang Man lebih-lebih lagi aku kerana telah menyebabkan Abang Man menolak kemahuannya. Aku yang tidak tahu apa-apa masih lena di atas sofa. Abang Man menjadi gusar dengan ugutan Julia lalu menghalaunya keluar dari studio. Tetapi sebelum berlalu Julia sempat memberikan  peringatan tentang amarannya kepada Abang Man. Izam dan Jenny hairan dengan sikap  Julia yang jauh berubah. Dulu, dia seorang yang lemah-lembut dan sopan-santun tetapi hari ini sebaliknya. Lantaran sikapnya yang tidak masuk akal itu semua orang tercengang.
                Sudah seminggu peristiwa itu berlaku selepas selesai mengadakan konsert di studio  RTM, Abang Man membawaku bekelah di tepian pantai Merbuk bersama kakitangan Citra Production atas kejayaan album abang Man yang terjual 100 ribu unit. Inilah kemuncak kejayaan syarikat itu setelah beberapa tahun beroperasi. Abang Man merupakan orang yang paling gembira sekali kerana dia sudah berusaha keras untuk albumnya itu. Aku apa lagi, sebagai isteri turut tumpang bangga dengan kejayaannya. Kami berkonvoi pada petang itu iaitu pukul 4.00 petang menuju pantai Merbuk yang merupakan tempat bersejarah antara aku dan Abang Man suatu ketika dulu. Tiba saja di pantai itu kami memunggah barang-barang yang dibawa dan  kemudian kami memasang khemah.
                Setelah minum petang, kami pun memulakan aktiviti yang telah dirancang mengikut jadual. Aku yang tidak pernah melakukan aktiviti lasak terpaksa menyesuaikan diri. Kami bermain galah di atas pasir Merbuk yang putih bersih itu. Kami dibahagikan kepada dua kumpulan. Aku dan Abang Man  sengaja dimasukkan dalam kumpulan yang berlainan. Kami akur saja dengan keputusan mereka.  Akulah orang yang paling gembira hari ini kerana memenangi permainan galah. Kumpulan Abang man tidak berpuas hati atas kemenangan kami tetapi sudah menjadi kenyataan yang kumpulanku memenangi permainan itu. Jadi, kumpulan Abang Man harus didenda iaitu ditimbus dengan pasir. Selesai tugasku aku mengambil kamera untuk menangkap gambar Abang Man yang tertimbus dengan kepala terdedah kepada cahaya matahari. Selesai aktiviti riadah kami kembali ke khemah untuk berehat. Aku dan Abang Man duduk di kawasan teduh berhampiran khemah. Encik Allven ,Izam dan Syira duduk agak jauh daripada kedudukan kami. Manakala Jenny dan Lim menyusuri pantai Merbuk untuk menikmati keindahan.
                Tiba-tiba kami didatangi seorang wanita yang agak seksi. Memakai baju  sendat berwarna merah hati dan berseluar Jean. Rambutnya yang berwarna perang itu terikat rapi ke belakang. Menyedari kemunculannya kami menoleh ke arah wanita itu. Dia memberi salam dengan senyuman manis. Aku menjawab salam itu tanpa mengsyaki apa-apa. Wanita itu kemudiannya memperkenalkan diri kepadaku dan alangkah terkejutnya apabila dia menyebut nama Julia. Aku kaget dengan keadaan itu sambil mengusapi dadaku yang berdegup kencang. Yang membuatkan aku pengsan apabila Julia menyatakan hasratnya untuk kembali ke pangukan Abang Man. Melihat keadaan itu, Abang Man naik  berang dan cuba bertindak ganas terhadap Julia namun sempat dihalang oleh Izam dan Encik Allven. Belum pernah Abang Man bertindak begitu kerana dia terkenal dengan sifat sabar. Julia hanya tersenyum sinis melihat tindakan Abang Man. Hatinya puas apabila berjaya membangkitkan tekanan dalam diri Abang Man. Nampaknya, Julia memang bertekad untuk membalas dendam atas kebahagiaan Abang Man. Dia mahu hidup Abang Man porak-peranda dengan kehadirannya. Emosinya  semakin  memuncak menyebabkan perasaan benci dan dendam semakin membara. Tanpa disedari Julia  mengacukan pisau ke arahku yang masih pening lalat ketika itu. Aku sempat melihat kelibat Julia yang secepat kilat meluru ke arahku yang berusaha untuk bangkit.
“Bayu!,”  cuping telingaku sempat menangkap sura Abang Man.  Baru aku sedar ada sesuatu yang perit menusuk bahagian bawah perutku dan darah pekat mula mengalir keluar. Aku kemudiannya sudah tidak sedarkan diri tetapi sempat  menangkap suara Abang Man yang menyeru namaku. Selepas itu, aku sudah tidak tahu apa-apa lagi yang berlaku.
                Orang ramai yang baru menyedari keriuhan itu terus meluru ke arah kami. Abang Man segera mendapatkan aku yang terbaring kaku di atas pasir Merbuk itu. Julia ketawa puas dan cuba bertindak menyerang Abang Man tetapi sempat ditahan oleh Izam, Syukri dan beberapa orang lagi. Encik Allven  kemudiannya menelefon talian kecemasan dan sejurus selepas itu ambulans tiba.
                Sewaktu di bilik kecemasan, doktor berusaha menyelamatkan nyawaku. Abang Man yang menanti di luar bilik mundar-mandir kerana gelisah yang amat. Kehadiran Kamal menjadi tempat Abang Man melepaskan kegelisahan. Dia hanya mampu meminta Abang Man bersabar dan ingat kepada Allah A.W.T.
                Beberapa minit kemudian, pintu kecemasan terkuak dan secepat itu juga Abang Man mendapatkan doktor yang bertugas ketika itu.
“Pesakit banyak kehilangan darah. Kami memerlukan darah yang sesuai,” Mendengar saja penjelasan itu Abang Man menawarkan diri. Secara kebetulan darahnya sesuai. Mungkin Tuhan masih memberikan peluang kepadaku untuk hidup. Darah Abang Man yang mengalir dalam tubuhku telah memberikan kehidupan baharu untuk kami. Walaupun nyawaku berjaya diselamatkan tetapi menurut doktor aku sudah tidak boleh mengandung. Namun begitu, Abang Man tetap menerima keadaanku seadanya kerana  diriku yang lebih diperlukan. Seminggu aku tidak sedarkan diri  badan Abang Man semakin susut. Abang Man, takut kehilangan insan tercinta yang telah  banyak membahagiakannya. Kesihatannya tidak dihiraukan semenjak aku ditahan di wad. Puas Kak Long memujuk tetapi tidak diendahkan. Akhirnya, suatu hari aku sedar daripada tidur yang lena. Apabila aku membuka mata, Abang Man memelukku dengan linangan air mata. Aku tidak dapat menahan perasaan sayu rawan ketika melihat keadaan Abang Man yang tidak terurus tapi aku bersyukur jodoh kami masih panjang. Dalam tangis itu aku tersenyum bahagia.
“Dirimu adalah nyawaku,” itulah  ayat yang diungkapkan oleh Abang Man sewaktu dia memelukku.
                Kami mendapat tahu Julia sebenarnya pesakit mental yang telah melarikan diri dari hospital  sakit jiwa. Selepas kejadian seminggu yang lalu, Julia telah dihantar semula ke hospital berkenaan untuk mendapatkan rawatan. Kini tiada lagi kisah Julia dalam kehidupan aku dan Abang Man.