Friday, 26 August 2011

Kehadiran

Kehadiranmu...
memberikan sinar gemilang di sanubariku
Kehampaan yang selama ini terpendam
dan terperangkap dalam atmaku...
akhirnya terlepas terbang bebas

Aku tersenyuman puas
mendongak dan tak akan tumpas
dalam belantara kekecewaan
kerana dirimu mengiringiku
sepanjang perjalanan

Kehangatan kasihmu...
memberikan cahaya keyakinan
dalam mengharungi gelombang kehidupan
di alam fana

Ketika aku tersungkur di lantai duka
kau datang memberikan harapan
ketika aku lemas dalam lautan air mata...
kau datang memberikan senyuman
kau khabarkan aku berita gembira
yang tak pernah aku gambarkan

Sesungguhnya...
kaulah kekasihku...
kaulah suamiku 




Bayu Seri